Senarai Soalan Lazim

Perjanjian Pensijilan Halal atau Halal Certification Agreement(HCA) adalah perjanjian di antara pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Ya, setakat ini dokumen HCA hanya dalam versi Bahasa Inggeris sahaja. Versi Bahasa Melayu akan dikemaskini dalam masa terdekat.
HCA ini hanya tertakluk kepada pemegang SPHM yang diuruskan oleh pihak JAKIM sahaja.
Ya, anda perlu menghantar HCA yang telah dilengkapkan bersama-sama dokumen sokongan permohonan di kaunter BPH aras 6.
Anda boleh memuat turun dokumen HCA melalui akaun pemegang/ pemohon SPHM dalam sistem MyeHALAL.
Setem Hasil boleh diperolehi di mana-mana kaunter Pejabat Pos Malaysia.
Dokumen Perjanjian Pensijilan Halal akan dimatikan setem dan diposkan kepada syarikat dalam tempoh 21 hari bekerja. Anda boleh membuat semakan dengan BPH sama ada dokumen tersebut telah diposkan kepada syarikat.
Pihak syarikat diberi tempoh 6 bulan dari tarikh pekeliling Pelaksanaan Perjanjian Pensijilan Halal/ Halal Certification Agreement (HCA) dikuatkuasakan untuk melengkapkan dan menghantar dokumen perjanjian kepada BPH. Selepas tempoh itu, BPH akan mengeluarkan peringatan melalui laporan ketidakakuran yang dikemukakan sewaktu pemeriksaan lapangan dijalankan.
[BM]
Halal certification is a guarantee that the food is prepared in accordance with Islamic law and is unadulterated. If a product contains animals or animal byproducts that are considered haram, then it cannot receive a halal certification. In India, this certification is usually provided by a third-party body.